• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Jatuh Di Kilang, Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah

oleh Mohd Arshad
28/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penjual Tiru Sambal Nyet, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-undang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti melibatkan kematian seorang lelaki di tempat kerjanya di sebuah kilang di Bandar Mahkota di sini, selepas terjatuh di ketinggian kira-kira tujuh meter pada Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, laporan kes itu diterima pihaknya pada jam 3.38 petang.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada jam 2.22 petang.

“Pengadu (Penolong Pengurus Kilang) telah diberitahu bahawa seorang pekerjanya yang juga lelaki tempatan telah terjatuh dari bahagian dalam ‘converyor’ bahan bakar pada ketinggian tujuh meter semasa melakukan kerja-kerja pembersihan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, pengadu yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mangsa telah tersangkut di kawasan pagar.

Katanya, mangsa telah diberi bantuan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan.

“Mangsa berusia 22 tahun kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Banting.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR) iaitu kematian disebabkan kemalangan di tempat kerja,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: jatuhkilangmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia dilaporkan merosot selepas Iran mengumumkan pembukaan penuh Selat Hormuz kepada semua kapal komersial sepanjang...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd