• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

oleh Mohd Arshad
04/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO) sebagai politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia merupakan fokus kelima dalam Transformasi Politeknik 2023-2030 untuk membangunkan sebuah politeknik APEX.

“Kesemua politeknik di negara kita mesti mempunyai satu penanda aras yang cemerlang untuk diikuti. Malah, adalah penting untuk ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) diperkasa dengan kehadiran satu institut teknologi yang unggul dan berdaya saing.

“Pertama, institusi ini akan menawarkan pelbagai program yang lebih ‘advanced’ dan kompetitif. Kedua, komposisi peringkat pengajian institut teknologi ini akan menyaksikan peningkatan tawaran sehingga 50 peratus program ijazah.

“Kesemua ini disusun ke arah mengembangkan politeknik APEX ini menjadi sebuah institut teknologi,” katanya ketika berucap sempena Majlis Peluncuran Transformasi Politeknik 2023 – 2030 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, KPT menggariskan empat langkah pemantapan kerjasama antara politeknik dengan industri antaranya memanfaatkan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) sebagai platform khusus yang akan merancakkan hubungan serta kerjasama kerajaan, industri dengan institusi TVET.

Jelasnya lagi, kementerian yakin dengan kekuatan lebih 10 persatuan yang bernaung di bawah GITC, ekosistem TVET negara akan menjadi lebih selari dengan perkembangan industri.

“Setakat ini, lebih daripada 50 persatuan industri mewakili 10,000 syarikat telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan GITC,” katanya.

Kosmo-

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinKPTPoliteknik APEXPoliteknik Ungku Omar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengesahkan satu insiden letupan dipercayai melibatkan dron tidak dikenali berlaku berhampiran kawasan Markas Pasukan Interim...

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Tangani Isu Pembekalan Peluru Berpandu NSM

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Tangani Isu Pembekalan Peluru Berpandu NSM

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik dengan kerajaan Norway bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perubahan pendirian negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd