• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Dijangka Banjir Pada Bila-bila Masa – MB

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kelantan Dijangka Banjir Pada Bila-bila Masa – MB
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH: Kelantan membuat persediaan menghadapi banjir yang dijangka berlaku pada bila-bila masa berikutan hujan hampir setiap hari.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata untuk itu kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa dalam masa terdekat.

Katanya, Kelantan sering dilanda banjir terutama di Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

“Persediaan untuk menghadapi banjir kita buat macam biasa (seperti tahun sebelum ini). Kita akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat kerana sudah ada jadual.

“Bila masuk hujung tahun kita buat persediaan banjir seperti makanan, tempat pemindahan dan sebagainya. Namun, kita doa supaya banjir (tahun ini) tidak besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Sambutan Maulidur Rasul Perdana 1445H di Kompleks Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan di Kampung Cherang Tuli, Padang Pak Amat di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Pengerusi Persatuan Guru-guru Pondok negeri Kelantan, Wazir Che Awang.

Media sebelum ini melaporkan, negeri di Pantai Timur, utara dan sebahagian besar Sabah dan Sarawak dijangka menerima taburan hujan tinggi menjelang dua minggu terakhir September ini.

Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Chung Jing Xiang, berkata perubahan cuaca adalah normal berikutan peralihan monsun Barat Daya ke Timur Laut.

BHonline-

Tags: BanjirKelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd