• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Muda Jangan Buat ‘Tindakan Bodoh’

oleh Ahmad Albab
31/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan pemain Harimau Muda tidak melakukan tindakan bodoh yang boleh menjejaskan prestasi mereka ketika beraksi dalam perlawanan.

Mengulas mengenai Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang dibuang padang kerana meludah pemain lawan ketika menentang Timor Leste pada aksi pertama Kumpulan B Sukan Sea 2015 di Singapura malam tadi, katanya insiden tersebut amat dikesali.

“Pemain-pemain kita mestilah tahu apabila mereka bertindak seperti semalam, bukan hanya dapat kad merah dan sebagai individu tidak dapat sambung permainantetapi yang lebih penting mereka akan mengecewakan pasukan sendiri dan negara.

“Bermain tanpa seorang pemain itu satu kelemahan dalam pasukan dan walaupun Harimau Muda itu pemain muda namun usia muda tidak bermaksud bahawa awak bodoh,” tegasnya.

Khairy ditemui pemberita selepas menyertai lebih 10,000 peserta dalam acara larian TM Malaysia Fun Run anjuran Telekom Malaysia Bhd sebagai tanda sokongan buat atlet kebangsaan yang akan beraksi pada Sukan Sea ke-28 di Singapura dari 5 hingga 16 Jun.

Dalam perlawanan di Stadium Bishan malam tadi, susulan kehilangan seorang pemain kerana dibuang padang, pasukan Malaysia mempamerkan aksi tempang dengan 10 pemain dan hanya menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste.

Khairy turut menggesa skuad Harimau Muda memperkemas mutu persembahan mereka untuk berdepan pasukan Vietnam dan Thailand pada perlawanan akan datang yang dijangka memberi tekanan lebih hebat berbanding Timor Leste.

“Saya harap pemain-pemain kita dan jurulatih Datuk Ong Kim Swee dapat mengambil iktibar daripada perlawanan semalam dan mengurangkan kesilapan untuk tunjukkan aksi sebenar.

“Saya yakin semalam bukanlah aksi sebenar Harimau Muda dan yakin mereka dapat pamerkan aksi yang lebih baik daripada semalam,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Harimau MudaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd