• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Meninggal Dunia Lepas Celup Jari Untuk Mengundi

oleh AK-47
12/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Warga Emas Meninggal Dunia Lepas Celup Jari Untuk Mengundi
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gemencheh apabila tiba-tiba jatuh selepas mencelup jari dalam dakwat di pusat pembuangan undi (PPU) Sekolah Kebangsaan (SK) Rokan, di sini, pagi tadi.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat dari pembantu klinik kira-kira pukul 11 pagi dan siasatan awal mendapati wanita warga emas berusia 83 tahun berkenaan telah hadir ke SK Rokan untuk mengundi bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Menurutnya, semasa di Saluran 1 selepas mencelup jari dalam dakwat, wanita warga emas berkenaan tiba-tiba telah terjatuh dan tidak sedarkan diri lalu dibawa oleh ahli keluarga ke Klinik Kesihatan Gemencheh.

“Wanita warga emas berkenaan telah sedarkan diri, namun paras oksigen didapati semakin menurun. Bantuan asas hayat atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ (CPR) telah dilakukan oleh Pembantu Pegawai Perubatan ke atas wanita itu, namun tidak berjaya untuk diselamatkan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Anuwal lagi, sebelum kejadian, si mati ada mengadu kepada keluarga bahawa dia mengalami sakit pada bahagian kaki sejak balik dari mengerjakan ibadah umrah.

Menurutnya, semasa sampai di tempat mengundi, warga emas tersebut berjalan dari kereta ke saluran 1.

“Terdapat rekod perubatan bahawa si mati adalah pesakit darah tinggi. Si mati telah dibawa ke bahagian kecemasan ke Klinik Kesihatan Gemencheh oleh keluarga yang berada di kawasan pembuangan undi sekolah berkenaan.

Menurutnya, mayat di hantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Kosmo Online

Tags: meninggal duniaPRNwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

28/06/2026
0

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh saf kepimpinan UMNO Negeri Sembilan...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd