• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Personal Bantuan Musim PRN

oleh Mohd Arshad
28/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Syed Saddiq Personal Bantuan Musim PRN
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mempersoal bantuan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada individu dewasa dan bantuan khas kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ini berikutan sokongan kewangan itu diumumkan di tengah-tengah kempen enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya tiada masalah dengan bantuan rakyat. Persoalan saya mengapa di musim pilihan raya? Walhal belanjawan telah diluluskan dan komponen (bantuan) ini tiada, ini komponen baru dan juga ini bukan musim perayaan di mana bantuan khas diberikan kecuali (musim) perayaan pilihan raya untuk berkempen.

“Dulu apabila pihak lawan buat, kita tentang dan lawan katanya politik kotor (serta) politik beli undi, tetapi kini kita lakukan perkara yang sama. Dulu mereka kata kerajaan Barisan Nasional (BN) tabur gula-gula pilihan raya, tetapi kini mengulangi benda sama yang mereka tentang.

“Bukan saya sahaja yang bangkitkan, ramai lagi rakyat yang lain tanya soalan yang sama, kenapa sekarang?” Soalnya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial, semalam.

Menurut Syed Saddiq, kerajaan boleh sahaja mengumumkan bantuan itu selepas tamatnya enam PRN sekiranya ia sangat mendesak.

Katanya, ini kerana tempoh PRN hanya berbaki tiga minggu sahaja lagi.

“(Malah), bukannya hari ini diumumkan, esok duit terus masuk dalam poket pun, jadi kenapa sekarang?

“Kita perlu konsisten dan berprinsip dalam politik bukan dulu kata lain, kini buat lain,” jelasnya.

Semalam, Kerajaan Perpaduan mengumumkan bantuan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia dewasa yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Anwar berkata, kira-kira RM1 bilion disediakan untuk tujuan itu yang merangkumi golongan B40 dan M40.

Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan termasuk veteran tidak berpencen.

Bantuan itu memanfaatkan 1.3 juta kakitangan kerajaan termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

-Utusan Online

Tags: bantuanBantuan Musim PRNPRNSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laungan “Tolak UMNO” Kedengaran Di Paroi, MB Negeri Sembilan Minta Siap Sedia Hadapi PRN

Laungan “Tolak UMNO” Kedengaran Di Paroi, MB Negeri Sembilan Minta Siap Sedia Hadapi PRN

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa UMNO Shah Alam, Azrul Abu Hasan mempersoalkan keperluan UMNO untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan...

DAP Tidak Setuju Pertukaran MB Negeri Sembilan, Siap Sedia Hadapi PRN

DAP Tidak Setuju Pertukaran MB Negeri Sembilan, Siap Sedia Hadapi PRN

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP tidak akan bersetuju dengan sebarang cadangan pertukaran Menteri Besar Negeri Sembilan selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd