• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The 1975 Batal Konsert Di Indonesia Selepas Isu LGBTQ Di Malaysia

oleh Mohd Arshad
23/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
The 1975 Batal Konsert Di Indonesia Selepas Isu LGBTQ Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA : Kumpulan band indie-rock British, The 1975 membatalkan konsert di Indonesia selepas Malaysia membatalkan festival kerana aksi biadab dan kecaman kumpulan itu terhadap undang-undang anti-LGBTQ.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Undang-undang LGBTQ Indonesia kurang ketat berbanding undang-undang di negara jiran seperti Malaysia yang mana homoseksualiti adalah jenayah.

Beberapa acara telah dibatalkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana tentangan di negara majoriti Islam itu.

Pihak berkuasa Malaysia membatalkan festival muzik Good Vibes di Kuala Lumpur selepas memendekkan acara Jumaat lalu kerana ucapan Matt Healy yang sarat dengan kata-kata kotor dan aksi ciuman dengan pemain bass kumpulan itu, Ross MacDonald.

Kumpulan itu kemudiannya mengumumkan akan membatalkan persembahannya di acara We The Fest di Jakarta serta pertunjukan di Taiwan pada Selasa.

“Dengan rasa kesal, The 1975 mengumumkan pertunjukan di Jakarta dan Taipei tidak lagi berjalan seperti yang dirancang,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini di laman Instagram We The Fest.

“Kumpulan ini tidak pernah mengambil keputusan untuk membatalkan persembahan secara mudah dan telah sangat menantikan untuk beraksi di Jakarta dan Taipei tetapi malangnya, disebabkan keadaan semasa, adalah mustahil untuk meneruskan pertunjukan yang dijadualkan.”

Kerajaan Indonesia dan penganjur festival masih belum mengulas mengenai pembatalan itu.

Konsert berjadual seterusnya kumpulan itu ialah festival Lollapalooza di Amerika Syarikat pada awal Ogos.

Healy memberitahu peminat Malaysia bahawa kumpulan itu berhasrat menarik diri daripada festival pada Jumaat, dengan berkata: “Saya tidak nampak tujuan menjemput The 1975 ke sebuah negara dan kemudian memberitahu kami dengan siapa kami boleh melakukan hubungan seks.”

Walaupun beberapa undang-undang kecil tempatan mendiskriminasi individu LGBTQ di Indonesia, undang-undang negara ini tidak pernah menjadikan homoseksualiti sebagai kesalahan jenayah.

Bagaimanapun terdapat percubaan untuk meletakkan homoseksual sebagai jenayah oleh ahli politik dan kumpulan konservatif, manakala pasangan gay sering menghadapi diskriminasi di negara majoriti penduduk Islam.

Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil mengecam penyanyi itu semalam selepas mengarahkan pembatalan festival itu.

“Jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, terutama yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan,” katanya dalam tweet.

Bantahan bukanlah yang pertama bagi Healy, yang mencium peminat lelaki pada konsert 2019 di Emiriah Arab Bersatu, yang juga mempunyai undang-undang anti-LGBTQ yang ketat.

-Berita Harian

Tags: IndonesiaIsu LGBTQKonsertThe 1975
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd