• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Mati Dalam MPV Disyaki Tertidur Akibat Kepenatan

oleh Mohd Arshad
19/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiga Mati Dalam MPV Disyaki Tertidur Akibat Kepenatan
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT : Tiga individu yang ditemui mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) malam tadi dilaporkan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng dipercayai tertidur akibat kepenatan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mereka dalam perjalanan dari Genting Highlands untuk ke Pasir Gudang, Johor.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa iaitu Myo Htet, 25, dan Zaw Naing, 23, dan seorang wanita, Khin Mar Yee, 27, dikatakan meminjam MPV jenis Perodua Alza itu daripada seorang rakan di Johor Bahru.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mereka mahu pulang ke Pasir Gudang, berhenti di R&R terbabit untuk berehat.

Bagaimanapun, Shahrulanuar berkata, disebabkan MPV itu berhenti terlalu lama dengan enjin serta penghawa dingin tidak dimatikan, orang awam yang berada di lokasi mula curiga.

“Apabila mendekati MPV itu, mereka melihat tiga individu sedang ‘tidur’ lalu memanggil serta mengetuk cermin tingkap, namun ketiga-tiga mereka tidak memberi sebarang tindak balas. Semua cermin tingkap ditutup rapat serta pintu kereta berkunci dari dalam.

“Lantaran itu, mereka bertindak memecahkan cermin tingkat di bahagian pemandu untuk membuka pintu. Selepas pintu berjaya dibuka, kesemua mangsa kaku sebelum menghubungi polis dan ambulans,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Shahrulanuar, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.15 malam sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Balai Polis Yong Peng dan Pasukan Forensik D10, Jabatan Siasatan Jenayah Johor bergegas ke lokasi.

Katanya lagi, pasukan perubatan tiba di lokasi pada jam 10.10 malam membuat pemeriksaan ke atas ketiga-tiga mangsa dan mengesahkan mereka sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk pemeriksaan lanjut dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian.

“Polis memohon kerjasama orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian agar dapat tampil membantu siasatan atau menyalurkan maklumat ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999,” katanya.

Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut sebelum menunggu laporan bedah siasat.

-Berita Harian

Tags: MATIMPV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd