• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

oleh Mohd Arshad
01/10/2025
dalam Jenayah
0
Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada Isnin membawa kepada penemuan dadah disyaki syabu bernilai RM3.3 juta di dalam kenderaan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pihaknya mengesan sebuah MPV jenis Maxus berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 18 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE).

“Kita telah mengarahkan kenderaan itu berhenti, namun pemandu berkenaan enggan memberikan kerjasama dan bertindak melarikan diri sehingga merempuh palang tol dan meninggalkan kenderaan terbabit di lorong kanan plaza tol itu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Yusri berkata, pemeriksaan lanjut menemui enam karung guni berwarna hijau, masing-masing berisi 25 bungkusan kecil.

“Secara keseluruhan, 150 peket seberat kira-kira 150 kilogram dadah jenis syabu telah dirampas. Kesemua rampasan termasuk kenderaan tersebut dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurutnya, polis kini giat mengesan suspek yang telah melarikan diri dalam kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Izzat Norezaini di talian 016-8289910 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: MPVSyabu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MPV Berhenti Tukar Pemandu Punca Kemalangan Penuntut IKBN – Polis

MPV Berhenti Tukar Pemandu Punca Kemalangan Penuntut IKBN – Polis

06/06/2025
0

ALOR SETAR – Tindakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhenti di tepi Lebuhraya Utara-Selatan dipercayai menjadi punca kemalangan tragis yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd