• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuh Raya Sesak Tapi Lancar

oleh AK-47
02/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebuh Raya Sesak Tapi Lancar
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Rata-rata pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menyifatkan aliran trafik agak lancar di lebuh raya berkenaan di sebaik pertambahan kenderaan pada hari terakhir cuti sempena Hari Raya Aidiladha pada Ahad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan Sinar Harian di Plaza Tol Skudai pada Ahad mendapati aliran trafik di plaza tol berkenaan agak lancar di kedua-dua arah (utara, selatan).

Abdul Aziz Muhammad, 59, berkata, pergerakan trafik dilihat memang agak lancar walaupun bulanan kenderaan dilihat bertambah.

Justeru katanya, kesemua pemandu diharap berhati-hati dan mengamalkan pemanduan berhemah jika mahu tiba dengan selamat ke destinasi.

“Saya dalam perjalanan ke Shah Alam… mulanya risau juga kalau-kalau ‘sangkut’ dalam jem (kesesakan) nanti.

“Tapi setakat ini saya dapati pergerakan kenderaan memang agak lancar… walaupun menjangkakan kenderaan lebih banyak di jalan berbanding hari-hari biasa.

“Tapi bagi saya, sebenarnya kalau jem ada baiknya juga… orang tak bawa kereta laju-laju; kalau jalan lengang memang akan pecut punyalah!” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang kakitangan kerajaan, Mohd Hadznizam Hadir, 35, pula berkata, kesesakan di lebuh raya PLUS sememangnya sudah dijangkakan sejak awal.

Malah katanya, ketika pulang beraya baru-baru ini, kesesakan memang berlaku di beberapa lokasi seperti di laluan Pedas-Linggi, Negeri Sembilan dan beberapa lokasi lain.

“Kalau tanya saya, pasal highway PLUS ni, saya tak kisah sangat sebab memang expect (jangka) kesesakan beberapa tempat macam di Pedas – Linggi dan lain-lain tempat berhampiran.

“Tapi kesesakan untuk masuk ke Singapura (Woodlands) atau keluar dari Singapura, memang agak luar biasa.

“Isteri saya rakyat Singapura dan untuk raya haji kali ni saya sekeluarga beraya ke Yishun, Singapura… Nak keluar tadi pun dah mula nak jem dan saya memang jangkakan jem di beberapa lokasi lagi selepas ini,” katanya.

Sementara itu, bagi Arieff Irfan Mohd Mazlan, 22, dia sememangnya menjangkakan kesesakan berlaku pada Ahad apabila orang ramai berpusu-pusu pulang ke destinasi masing-masing setelah cuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha.

Menurutnya lagi, keadaan itu (kesesakan) dijangka bertambah menjelang waktu petang dan mungkin sampai ke tengah malam.

“Masa balik ke kampung saya di Terengganu pada Hari Raya Aidiladha lalu, jalan masih lagi lengang dan bertolak awal pagi.

“Pada hari raya kedua, saya bertolak ke Johor Bahru dan alhamdulillah, trafik masih lagi lancar dan hari ini saya dapati keadaan mula sesak sedikit kerana kenderaan semakin bertambah menjelang waktu petang,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: lebuh raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd