• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Serah Pihak Berkuasa Siasat Insiden Kekecohan Di KLIA

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Serah Pihak Berkuasa Siasat Insiden Kekecohan Di KLIA
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG: Kementerian Pengangkutan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat secara terperinci berhubung insiden kekecohan di balai ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 membabitkan seorang pemimpin kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Anthony Loke berkata, beliau setakat ini masih belum menerima sebarang laporan lanjut mengenai insiden berkenaan.

“Saya rasa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci apa yang berlaku dan sudah tentu protokol keselamatan perlu dipatuhi, tetapi apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa penerbangan kerana saya rasa mereka akan buat siasatan yang lebih terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Pelajar dan Pelepasan Penerbangan Antarabangsa ke Bangkok, Thailand oleh MyAirline Sdn Bhd di sini, hari ini.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan berlaku kekecohan di KLIA Terminal 1 apabila seorang pemimpin kerajaan menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi menyelamatkan seorang wanita warga China yang ditahan masuk ke Malaysia.

Menurut portal berkenaan, difahamkan pemimpin berkenaan yang mendapat tahu mengenai penahanan itu telah ke KLIA dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas.

“Bila dihalang, dia menggunakan kuasa dan marah Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China itu yang ditahan memasuki negara semasa tiba,” kata satu sumber.

BHonline-

Tags: kekecohanKerajaanKLIAPIHAK BERKUASA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd