• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

oleh Mohd Arshad
27/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, lima tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lelaki terbabit ialah Saifullah Abdullah, Riduan Sekh Ruslan, Irwan Noordin, Khairi Abdul Rashid, Rozaihan Zakaria, Qayyum Mohd Faisal, Ashraf Mohd Faizal, Absal Eastrie Abdullah, Jalil Talib, Khairol Anuar Zabidi, Zamri Md Said, Shukri Razali, Nor Azmi Abdul Ghani, Shahril Danniel Sajeel, Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Azi dan Norul Ismawi Islahuddin.

Majistret, Muhammad Iskandar Zainol, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.

Peguam bela Saifullah, Kirthiraj Rajasundram, ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara berkenaan.

Kirthiraj berkata, mahkamah juga memaklumkan tiada pengecaman positif terhadap lelaki terbabit melalui kandang tertuduh, selain tiada senjata termasuk pisau dikemukakan sebagai bahan eksibit seperti dinyatakan dalam kertas tuduhan.

“Semua senjata itu hanya dikutip dari tempat kejadian oleh saksi dan bukannya rampasan daripada tertuduh.

“Selain itu, mahkamah memutuskan saksi pendakwaan gagal mengenal pasti tertuduh berikutan kejadian awal pagi itu.

“Mahkamah mendapati saksi itu tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten berhubung kenyataan mereka manakala pendakwaan tidak mengemukakan sebarang laporan forensik membabitkan senjata,” katanya.

Semua tertuduh berusia antara 24 hingga 47 tahun didakwa merusuh dan memiliki senjata berbahaya antara jam 2 pagi hingga 5 pagi, 26 November 2018.

Pendakwaan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Rusuhan dikatakan berpunca daripada isu penempatan semula kuil itu menyebabkan puluhan kenderaan dibakar dan beberapa orang cedera.

Kira-kira 24 jam selepas rusuhan, lebih banyak kenderaan dibakar sebelum pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kejadian yang bertindak atas panggilan kecemasan.

Insiden itu turut mengakibatkan seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, cedera sebelum meninggal dunia sebulan kemudian ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib berpunca daripada perbuatan jenayah membabitkan dua individu atau lebih yang tidak dikenali.

BHonline-

Tags: dibebaskanKuil Sri MariammanRusuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan pusat spa dan kesihatan di Chow Kit kelmarin dibebaskan...

Bapa Harap Eda Ezrin Bebas 6 Ogos Ini

Bapa Harap Eda Ezrin Bebas 6 Ogos Ini

27/07/2025
0

KOTA BHARU: Bapa penyanyi dikir barat moden Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin berharap anaknya dibebaskan bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd