• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Dinasihat Tidak Muat Turun Aplikasi “Pink WhatsApp”

oleh Mohd Arshad
27/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Orang Ramai Dinasihat Tidak Muat Turun Aplikasi “Pink WhatsApp”
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi berbahaya yang dikenali sebagai “Pink WhatsApp,” kerana ia menimbulkan risiko keselamatan yang serius.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan aplikasi itu diiklankan secara palsu untuk menawarkan ciri-ciri keselamatan dan privasi yang lebih baik, halaman muka boleh ditempah mengikut keinginan dan mempunyai keupayaan untuk menghantar fail yang lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang popular.

Bagaimanapun, selepas dimuat turun aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai item di dalam telefon pintar pengguna seperti foto, mesej SMS dan senarai kenalan, yang menimbulkan risiko keselamatan yang serius.

“Pengguna mungkin menerima mesej dan pautan yang kelihatan seperti daripada WhatsApp yang menjemput mereka untuk mencuba aplikasi baharu itu,” menurut MCMC sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi itu dan segera memadamnya jika ia sudah ada pada peranti mudah alih mereka.

Semua pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan “Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800-188-030.

MCMC juga mengesyorkan agar orang ramai hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Galeri Apl Huawei.

Bernama-

Tags: MCMCPink WhatsApp
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan...

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

27/04/2026
0

CYBERJAYA, 27 April 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang dipercayai pentadbir kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd