• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keuntungan Bersih Astro Jatuh Mendadak

oleh Mohd Arshad
19/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keuntungan Bersih Astro Jatuh Mendadak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd menjunam 84.11 peratus kepada RM15.9 juta pada suku pertama berakhir 30 April 2023, daripada RM100.02 juta, apabila perolehan terkesan oleh kerugian tukaran asing belum direalisasi lebih tinggi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Syarikat itu berkata, prestasi disebabkan oleh liabiliti sewa transponder di tengah-tengah pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Perolehan sesaham jatuh kepada 0.3 sen daripada 1.92 sen, demikian menurut Astro dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Pendapatan merosot 7.38 peratus kepada RM891.13 juta daripada RM962.09 juta pada suku pertama 2023, kebanyakannya berpunca daripada penurunan dalam hasil langganan, pengiklanan dan jualan barang dagangan.

Astro mengisytiharkan dividen interim pertama 0.25 sen saham, yang akan dibayar pada 18 Julai ini.

Sementara itu, dibandingkan dengan suku sebelum ini, keuntungan bersih Astro merosot 70.97 peratus daripada RM54.75 juta, manakala pendapatan susut 10.05 peratus daripada RM990.67 juta.

Dalam satu kenyataan, Astro berkata tahun kewangan 2024 akan menyaksikan kumpulan meneruskan perjalanan untuk menjadi ‘destinasi pilihan hiburan dan penstriman’ untuk rakyat Malaysia dengan melabur dalam transformasi bagi pertumbuhan jangka panjang dan mampan.

Katanya, ini merangkumi usaha menyampaikan pengalaman kandungan terbaik merentasi semua platform, menjadi agregator nombor satu Malaysia bagi penstriman dan aplikasi gaya hidup terbaik, di samping meningkatkan mutu kandungan tempatan dengan nilai penerbitan yang tinggi serta penceritaan premium.

Astro berkata, ketidaktentuan makroekonomi termasuk pertumbuhan global yang perlahan, pengukuhan dolar AS, kadar faedah yang agak tinggi, serta kadar inflasi yang sederhana tetapi meningkat, dijangka terus menjejaskan isi rumah serta perniagaan.

“Kumpulan mengekalkan tinjauan yang berhati-hati dan akan memantau keadaan perniagaan secara berhati-hati, sambil menguruskan kos dengan berhemah,” tambahnya.

BHonline-

Tags: Astro Malaysia Holdings Bhdjatuh mendadakkeuntungan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

30/06/2022
0

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak wujudnya kartel atau orang tengah yang cuba...

Capital A Dijangka Kembali Catat Untung Pada 2023

08/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Capital A Bhd dijangka kembali mencatatkan keuntungan pada 2023 sejajar dengan jangkaan pemulihan dalam permintaan terhadap perjalanan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd