• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

oleh Mohd Arshad
30/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak wujudnya kartel atau orang tengah yang cuba merangka ‘model perniagaan’ mengaut keuntungan melampau.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, sistem orang tengah itu sudah sekian lama wujud yang pada asalnya bukanlah satu kesalahan.

Katanya, golongan itu sebenarnya menjadi pengantara antara pengeluar kepada peruncit dengan mengambil keuntungan munasabah.

“Kita akan lihat di peringkat mana kartel ini mengambil peluang (mengaut untung), sistem orang tengah sekian lama ada dan kita tidak menyatakan itu perkara salah, tapi ia salah bila buat keuntungan melampau, kita kaji perkara itu.

“Contohnya ayam dikeluarkan di peringkat peladang secara pukal kepada pengedar dan pengedar menjual kepada peruncit. Kajian margin keuntungan kepada pengedar lebih besar. Keadaan itu perlu diteliti yang menyebabkan kos terakhir begitu tinggi. Kalau mengambil keuntungan berlebihan dan mengambil kesempatan di saat kesempitan orang, itu tidak boleh dibiarkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan kewujudan kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat besar.

Ini termasuk merancang menutup ladang ternakan sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam.

Sekumpulan syarikat gergasi industri ayam yang turut terlibat dalam membekalkan dedak juga didakwa berpakat sesama sendiri untuk menaikkan harga dedak ayam secara drastik.

UtusanOnline-

Tags: kartelkeuntunganTan Sri Annuar Musa.
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengambil pendirian yang betul dengan menghadiri majlis Kerajaan Persekutuan bersama...

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd