• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Pertimbang Tubuh Parti Baharu

oleh AK-47
05/06/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
KJ Pertimbang Tubuh Parti Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, sejak beberapa minggu ini beliau melihat ada kebarangkalian untuk membuka parti lain.

“Saya lihat jika kita dapat permulaan kedua dalam politik, kenapa tidak permulaan itu ‘on our own terms’ (mengikut syarat kita sendiri),” katanya dalam program Keluar Sekejap pada Isnin.

Tambah Khairy, menyertai parti baharu memerlukan beliau untuk menyesuaikan diri dengan cara parti tersebut dalam melakukan sesuatu, yang mungkin tidak sejajar dengan prinsipnya.

Ujarnya lagi, beliau terpaksa membuat pelarasan serupa apabila menyertai UMNO.

“Kalau kita masuk mana-mana rumah (parti) perlu menyesuaikan diri dengan adat resam kediaman itu dan tidak mungkin ia 100 peratus seperti apa yang kita kehendaki.

“Seperti UMNO, saya tidak kesal menyertai dan memilihnya tetapi saya percaya kena sesuaikan diri,” jelasnya.

Pada masa sama, Khairy berkata, jika menubuhkan parti politik, ia mempunyai risiko yang tinggi seperti kehilangan wang deposit dan diketawakan seperti yang berlaku kepada Pejuang.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa penubuhan parti baharu mungkin akan mendatangkan kepuasan kerana melakukannya dengan syarat sendiri.

“Jadi kalau kita buat parti sendiri, kita kena bersedia untuk tidak memenangi beberapa pilihan raya, tetapi satu hari nanti siapa tahu,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: KJparti baharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Kembali Sertai UMNO, Serah Surat Rayuan Kepada Presiden UMNO Zahid 

KJ Kembali Sertai UMNO, Serah Surat Rayuan Kepada Presiden UMNO Zahid 

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

UMNO Sungai Buloh Sedia Terima KJ 

UMNO Sungai Buloh Sedia Terima KJ 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Sungai Buloh menyatakan kesediaan untuk menerima semula bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd