• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Dipercayai Ditikam Bekas Tunang

oleh AK-47
29/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Wanita Maut Dipercayai Ditikam Bekas Tunang
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Seorang wanita berusia 22 tahun ditemukan maut dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah dipercayai ditikam oleh bekas tunangnya dalam sebuah pusat beli belah di sini, tengah hari semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang merupakan pembantu kedai ditemukan terlentang di atas lantai sebuah premis dengan beberapa kesan tikaman.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, semasa ketibaan anggota polis di lokasi kejadian mendapati mangsa ditemukan masih bernyawa.

Mangsa kemudiannya diberi bantuan pernafasan oleh pegawai perubatan namun, gagal diselamatkan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Anggota polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai bekas tunang mangsa. Lelaki tersebut ditahan bersama sebilah pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kes berkenaan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Utusan Online

Tags: bekas tunangmauttikam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd