• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

oleh AK-47
05/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas hampir enam tahun melarikan diri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek yang disyaki menerima sebahagian dana diseleweng daripada dua syarikat terbabit dikesan tiba di KLIA 2, jam 3.30 pagi kelmarin.

“Sebaik tiba, dia yang menghilangkan diri sejak 2018 diserahkan Notis Perintah untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi kelmarin.

“Pegawai SPRM telah merakamkan keterangannya dan penggeledahan rumah dilakukan pada hari yang sama,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek didapati terbabit dengan skandal itu dan menerima wang hasil seleweng menerusi akaun bank syarikat yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

Sumber berkata, suspek juga dipercayai menerima sebahagian wang diseleweng dari dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat Malaysia (YR1M).

“SPRM dengan kerjasama Commercial Affairs Departments Singapura (CAD Singapura) berjaya menyita akaun bank milik Wright Shaw Limited berjumlah kira-kira USD 5.2 juta,” katanya.

Sementara itu, sumber memberitahu, pada 26 April lalu, SPRM membawa pulang kira-kira RM16 juta dana 1MDB yang diseleweng menerusi Totality Limited milik bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan syarikat 1MDB, Casey Tang Keng Chee.

“Tang atau lebih dikenali Casey Tang terbabit dengan 1MDB ketika itu yang dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) sehingga 2011.

“Konspirasinya adalah untuk mengelirukan bank dan menyembunyikan fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB untuk memindahkan USD700 juta kepada Good Star Ltd, yang didakwa dimiliki oleh Low Taek Jho (Jho Low),” katanya.

Menurut sumber, SPRM mengeluarkan waran tangkap atau red notice bertarikh 29 Jun 2018 terhadap Tang yang masih gagal dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penangkapan itu dan sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek dan aset lain di Singapura.

SPRM setakat ini berjaya mendapatkan kembali kira-kira 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion.

-Harian Metro

Tags: 1MDBSkandal 1MDB Dan SRCSRC InternationalSuspek
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd