• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Barang Kemas RM1.8 Juta: Suspek Guna Nombor Pendaftaran Palsu

oleh AK-47
04/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Rompak Barang Kemas RM1.8 Juta: Suspek Guna Nombor Pendaftaran Palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Pilah : Suspek yang melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM1.8 juta dekat lorong belakang sebuah kedai emas di Jalan Pasar Rabu, di sini, pagi semalam didapati menaiki kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian jam 11.30 pagi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan memaparkan terdapat dua kenderaan digunakan suspek ketika kejadian dan nombor pendaftarannya juga berjaya direkodkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, polis masih menjalankan siasatan dan giat memburu suspek.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah menerima panggilan telefon daripada pekerja sebuah kedai emas di Jalan Undang Johol, di sini, jam 11.30 pagi semalam.

“Individu itu melaporkan dua pengedar emas disamun di lorong belakang kedai berkenaan. Mangsa dikatakan membawa emas seberat tujuh kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, polis mendapati dua suspek memakai topeng, bersenjatakan parang panjang dan menaiki dua kereta.

“Suspek menaiki dua kereta masing-masing jenis Toyota Camry berwarna putih, nombor pendaftaran BKK 9169 dan Toyota Corolla Altis berwarna perak, nombor pendaftaran BLJ 328. Kedua-dua disyaki palsu.

“Justeru, kami sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan dan menangkap suspek. Kami memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat, boleh menghubungi talian hotline IPD Kuala Pilah 06-4842999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Media semalam melaporkan, dua pengedar emas dirompak dua lelaki bertopeng yang melarikan dua beg berisi tujuh kg emas dianggarkan bernilai RM1.8 juta dekat Jalan Pasar Rabu.

-Harian Metro

Tags: Kes Rompak Barang KemasNombor Pendaftaran Palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Ditahan, Pamer Nombor Pendaftaran Palsu

13/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Gara-gara ingin meloloskan diri daripada dikesan kamera perangkap had laju akibat memandu laju, seorang lelaki ditahan polis...

“Tak Apalah, Ambil, Ambillah Gambar Saya”

08/02/2018
0

KUALA LUMPUR — Tidak seperti kebanyakan tertuduh yang berang apabila dirakam gambarnya, seorang lelaki yang baharu sahaja didakwa di Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd