• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Ditahan, Pamer Nombor Pendaftaran Palsu

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara ingin meloloskan diri daripada dikesan kamera perangkap had laju akibat memandu laju, seorang lelaki ditahan polis kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada kenderaannya ketika sekatan jalan raya sempena Op Selamat ke-13 Hari Raya Aidilfitri 2018 yang diadakan di Plaza Tol Duta, malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) (Kepolisan Am/ Siasatan/ Sumber) JSPT, ACP Md Dali Wahid berkata anggotanya telah mengenal pasti lelaki itu berbuat demikian sebelum memasuki plaza tol berkenaan.

“Sebelum tiba di Plaza Tol Duta, dia dipercayai telah menukar nombor plat kenderaannya. Ini dilakukan bagi mengelak kenderaannya dikesan perangkap had laju sewaktu memandu oleh kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di lebuh raya,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena operasi itu di Plaza Tol Duta, malam tadi.

Beliau berkata lelaki itu ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 108(3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor plat pendaftaran palsu.

Selain itu, beliau berkata seramai 10 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 32 anggota terdiri daripada JSPT dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) termasuk seorang pegawai dan enam anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terlibat dalam operasi kali ini.

Menurutnya, sebanyak 27 saman telah dikeluarkan bagi kenderaan seperti bas dan lori atas pelbagai kesalahan seperti memandu melebihi had laju.

Tambah Dali, pemeriksaan juga dilakukan terhadap penunggang motosikal dan sebanyak 78 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang utama kemalangan maut dan diharap operasi yang dilakukan kali ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nombor Pendaftaran Palsupolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd