• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Apalah, Ambil, Ambillah Gambar Saya”

oleh AK-47
08/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Tidak seperti kebanyakan tertuduh yang berang apabila dirakam gambarnya, seorang lelaki yang baharu sahaja didakwa di Mahkamah Majistret Ampang tersenyum-senyum ketika wartawan merakam gambarnya.

A.Baskaran, 45, seorang pemungut wang yang memakai baju T putih pada mulanya kelihatan bersahaja ketika dibawa keluar dari bilik bicara ke lokap, namun sebaik melihat wartawan merakam gambarnya, dia berhenti sambil tersenyum dengan bergaya di depan kamera.

“Tak apalah, ambil, ambillah gambar saya,” katanya.

Terdahulu, Baskaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada kenderaan yang dipandunya, awal Januari lalu di hadapan Majistret Haslinda A.Raof.

Tertuduh didakwa sebagai pemandu kereta nombor WTU6623 jenis Honda Odyssey telah mempamerkan pada kenderaan tersebut nombor yang palsu di Jalan Lingkaran Tengah MRR2 Susur Kg Pandan, Ampang Jaya, di sini pada 8.30 pagi, 3 Jan lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim menawarkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan kerana dia kini tidak bekerja dan mahkamah membenarkan Baskaran diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 12 Mac untuk sebutan kes. — BERNAMA

Tags: Nombor Pendaftaran Palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rompak Barang Kemas RM1.8 Juta: Suspek Guna Nombor Pendaftaran Palsu

Rompak Barang Kemas RM1.8 Juta: Suspek Guna Nombor Pendaftaran Palsu

04/05/2023
0

Kuala Pilah : Suspek yang melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM1.8 juta dekat lorong belakang sebuah kedai emas di Jalan...

Seorang Ditahan, Pamer Nombor Pendaftaran Palsu

13/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Gara-gara ingin meloloskan diri daripada dikesan kamera perangkap had laju akibat memandu laju, seorang lelaki ditahan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd