• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perkenal Rangkaian Kedua 5G Awal Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
04/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Perkenal Rangkaian Kedua 5G Awal Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerajaan akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui entiti baharu yang akan diwujudkan awal tahun depan dan menukar model pelaksanaan 5G ketika ini daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwirangkaian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata entiti baharu itu akan menjadi rangkaian kedua selepas pelaksanaan 5G ketika ini melalui Digital Nasional Bhd (DNB).

Beliau berkata, langkah itu diambil selepas melaksanakan penelitian menyeluruh mengenai impak kesan pelaksanaan 5G ketika ini.

Katanya, rangkaian 5G dengan model SWN melalui DNB akan diteruskan hingga mencapai 80 peratus liputan kawasan berpenduduk menjelang akhir 2023 dan selepas itu, model rangkaian 5G akan beralih kepada model dwirangkaian pada Januari 2024.

Bagaimanapun, katanya, DNB akan dikekalkan sebagai entiti pertama pelaksanaan 5G di negara ini dan ditambah dengan entiti kedua yang bakal diwujudkan pada tahun depan.

“Kerajaan bersetuju supaya pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia diteruskan melalui DNB sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.

“Peralihan kepada model dwirangkaian akan dilaksanakan berpandukan syarat yang selari dengan amalan peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian bukan sahaja untuk rakyat, malah juga bagi sektor perindustrian yang menjadi antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Fahmi berkata, keputusan itu dibuat dengan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan dan inovasi berasaskan teknologi 5G secara komprehensif.

Tamatkan monopoli DNB

Beliau berkata, model dwirangkaian itu turut mengambil kira kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia, sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB.

“Selaras dengan prinsip utama yang digariskan dalam ucapan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, peralihan ini dapat memanifestasikan keterangkuman melalui penyertaan penuh penyedia perkhidmatan tanpa menjejaskan langganan 5G sedia ada pada kadar yang berpatutan untuk rakyat.

“Kementerian sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan DNB serta pihak penyedia perkhidmatan bagi memastikan peralihan kepada model dwirangkaian berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan kepentingan rakyat dan keyakinan pelabur,” katanya.

Fahmi berkata, kos pembangunan rangkaian kedua 5G melalui entiti baharu masih pada peringkat awal dan kementerian akan bertemu semua pihak berkepentingan, termasuk penyedia rangkaian bagi memuktamadkan perkara itu.

Beliau berkata, pertemuan akan dilaksanakan pada masa terdekat kerana liputan 5G kini sudah mencapai 57.8 peratus liputan kawasan berpenduduk dan akan terus meningkat.

Katanya, komposisi pihak penyedia perkhidmatan dalam entiti pertama dan kedua diputuskan kelak selepas pertemuan dengan penyedia perkhidmatan dan pihak berkepentingan lain.

Entiti pertama, katanya terus membangun dan mengoperasikan rangkai DNB, manakala entiti kedua membina rangkaian kedua 5G seawal Januari 2024.

“Langkah ini diambil hasil kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Kementerian Kewangan yang mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti perkara ini.

“Hasil penelitian, kerajaan merasakan model yang diumumkan hari ini adalah sesuai untuk dilaksanakan. Kita akan pastikan pelaksanaan rangkaian kedua berdasarkan tender terbuka dan bersifat komersial,” katanya.

DNB membelanjakan RM1.889 bilion setakat 31 Disember lalu membangunkan prasarana dan rangkaian 5G tunggal ke seluruh negara.

Anggaran kos keseluruhan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia oleh DNB adalah berjumlah RM16.5 bilion bagi tempoh 10 tahun.

Ini merangkumi RM12.5 bilion bagi membiayai perkakasan rangkaian dan infrastruktur 5G, serta RM4 bilion bagi perbelanjaan kos korporat.

Malaysia berhak tentukan dasar digital

Sementara itu, Fahmi berkata, Malaysia sebagai negara berdaulat berhak menentukan sebarang dasar dalam negara tanpa kacau ganggu daripada pihak lain.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada amaran Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) tentang keselamatan negara sekiranya menggunakan kelengkapan 5G keluaran Huawei.

Fahmi berkata sebarang keputusan dibuat kerajaan akan mendatangkan manfaat kepada rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi serta keadaan yang harmoni dengan isu antarabangsa.

Justeru, katanya pertemuan dengan duta-duta asing susulan amaran tersebut akan diadakan bagi memperjelaskan keputusan kerajaan Malaysia dalam pelaksanaan 5G.

“Saya percaya setelah adakan perbincangan dengan pihak terbabit mereka faham pendirian Malaysia,” katanya dalam sidang media mengenai inisiatif 5G di sini hari ini.

Huawei antara pembida kelengkapan 5G Malaysia

Media sebelum ini melaporkan EU dan AS memberikan amaran kepada Malaysia berlakunya risiko keselamatan negara sekiranya menggunakan kelengkapan 5G keluaran Huawei.

Amaran dihantar kepada kerajaan Malaysia pada April dengan kelengkapan 5G Huawei didakwa bukan sahaja mendatangkan risiko sekuriti kebangsaan tetapi juga ke atas pelaburan dari negara luar di Malaysia.

Huawei antara syarikat yang membida untuk kelengkapan 5G mereka digunakan selepas kerajaan Malaysia ingin mengkaji semula kontrak RM11 bilion yang diberikan kepada Ericsson untuk kelengkapan Digital Nasional Bhd (DNB).

Hari ini, Fahmi berkata kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB telah mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.

-Berita Harian

Tags: 5GKerajaanRangkaian Kedua 5G
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd