• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Universiti Menangis, Sehari Tak Makan Gara-Gara Kafe Tutup

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelajar Universiti Menangis, Sehari Tak Makan Gara-Gara Kafe Tutup
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pelajar di sebuah universiti menangis ketika meluahkan kesedihannya kerana sudah sehari tidak makan gara-gara kafe tutup.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dia yang menggunakan akaun TikTok @bainuckal mendakwa, pihak universiti meminta para pelajar untuk melapor diri di kediaman masing-masing lebih awal dari tarikh sesi pengajian bermula, namun kemudahan di institusi tersebut masih belum beroperasi termasuklah kafe.

“Semalam saya dah tak makan satu hari, tak makan itu bukan tak ada duit tapi sebab kafe tak buka.

“You know what (awak tahu tak) universiti ini suruh kita masuk tapi dia tak nak buat online (belajar secara dalam talian) dua dan tiga, tapi makanan semua tak ada dalam ini (universiti).

“Habis itu macam mana student (pelajar) yang masuk ini nak makan apa?,” soalnya menerusi sebuah video yang dimuat naik hari ini.

Bercerita lanjut, individu itu berkata, hari ini seorang pelajar senior telah membelikannya makanan yang dibungkus dari kedai luar kerana kesian akan nasibnya yang masih tidak makan sejak semalam.

“Tapi saya sangat terharu, sebab ada kakak seorang ini tanya saya dah makan ke tak, sebab kafe di sini tak buka.

“Saya pun cakap yang semalam saya tak makan, dan saya terharu sangat sebab kakak itu bungkuskan makanan luar untuk saya dan bila saya nak bayar dia kata dia belanja,” kongsinya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai.

“Adik, tak ada stok makanan ringan kah dalam bilik? Buat la makan alas perut kalau kafe tak buka,” soal Ainiza.

“Kesian budak universiti, duduk rumah makan cukup, balik kampus kafe tutup. Sampai kurus dia saya tengok,” komen @nanaanakganu.

-Kosmo Online

Tags: KAFEmenangisPelajar Universiti
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan menangisi tragedi membabitkan pelajar bukan penyelesaian, sebaliknya...

PMX Anwar Kesal Ada Pelajar Universiti Terpaksa Berhutang, Belajar Dalam Kelaparan

PMX Anwar Kesal Ada Pelajar Universiti Terpaksa Berhutang, Belajar Dalam Kelaparan

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal apabila masih terdapat pelajar universiti daripada keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd