• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Serangan Laman Web Meningkat 197 Peratus

oleh Mohd Arshad
26/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ancaman Serangan Laman Web Meningkat 197 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ancaman laman web yang menyasarkan perniagaan di Malaysia meningkat 197 peratus tahun lalu, menurut keselamatan siber global dan penyedia antivirus, Kaspersky.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kaspersky dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata ketika pandemik berada di kemuncak pada 2020, ia menghalang 10,200,817 serangan laman web daripada menjangkiti perniagaan di Asia Tenggara.

“Serangan laman web melonjak pada 2022 dengan merekodkan 13,381,164 kes berbanding 9,180,344 kes pada 2021,” katanya.

Kaspersky berkata, Singapura mencatat lonjakan tertinggi tahun ke tahun dari segi ancaman web yang menyasarkan perniagaan tahun lalu.

“Negara di Asia Tenggara mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda (329 peratus) selepas penyelesaian perniagaan Kaspersky menyekat sejumlah 889,093 serangan siber, kenaikan yang mengejutkan daripada jumlah keseluruhan 207,175 pada 2021.

“Peningkatan itu juga dicatat di negara Asia Tenggara lain dengan Malaysia (197 peratus), Thailand (63 peratus), Indonesia (46 peratus) dan Filipina (29 peratus).

“Hanya Vietnam menyaksikan penurunan sedikit (-12 peratus) selepas merekodkan hanya 2,485,168 insiden ancaman web tahun lalu berbanding 2,822,591 pada 2021,” katanya.

Ancaman berasaskan laman web atau ancaman dalam talian, merujuk kepada percubaan untuk memuat turun objek/perisian berniat jahat daripada tapak laman web berniat jahat atau dijangkiti dengan perisian hasad.

Kaspersky berkata, ancaman laman web disebabkan kesilapan pengguna, pembangun dan pengendali perkhidmatan web atau perkhidmatan laman web itu sendiri.

“Tidak kira niat atau punca, akibat ancaman laman web boleh merosakkan individu dan organisasi,” katanya.

Bernama-

Tags: ancamanKasperskylaman webserangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd