• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKIM: “Sushi King Tidak Memiliki Status Halal Setakat Ini”

oleh Ahmad Albab
02/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dua hari lalu, sepelusuk negara menjadi kecoh apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan bahawa sijil pengesahan halal restoran terkenal, Secret Recipe ditarik balik.

Itu cerita tentang restoran tersebut yang ditarik pensijilan halalnya kerana tidak menitikberatkan kebersihan.

BERKAITAN: Kerana ‘Terlalu Kotor’, JAKIM Tarik Balik Sijil Halal Secret Recipe

Melalui ruangan Twitter, seorang individu telah memanjangkan isu tersebut dengan mengajukan soalan status halal restoran makanan Jepun terkenal, Sushi King kepada akaun JAKIM.

Tulisnya, “Bagaimana dengan sijil halal sushi king? Halal atau tidak ya? Mohon pencerahan. Terima kasih.”

sushi (1)

Jawapan yang diterima individu berkenaan sememangnya mengejutkan! Siapa sangka, rupa-rupanya restoran tersebut tidak memiliki status halal dari pihak JAKIM setakat ini.

Ini jawapan dari pihak JAKIM untuk individu bernama Fara Aida. “Sushi King tiada status halal setakat ini.”

Ya, semua tahu, restoran tersebut sering menjadi pilihan ramai orang Islam kerana variasi sushi yang dijual serta tawaran harga yang berpatutan.

Namun, tanpa sesiapapun sedar atau ‘tak peduli’, rupa-rupanya Sushi King tidak memiliki status halal!

Sushi King Bonanza RM3 Promotion @ Berjaya Times Square Experience

Walau bagaimanapun, pihak JAKIM tidak menyatakan sebab restoran terbabit tidak memiliki status halal; adakah pihak berkenaan tidak memohon ataupun spesifikasi yang ditetapkan JAKIM gagal diikuti Sushi King.

Apa-apapun, sebagai umat Islam, kita diwajibkan memilih makanan yang bersih, suci serta bebas dari sebarang unsur haram.

Andai dah tak punya status tersebut, pastinya makanan itu akan termasuk dalam kategori ‘syubhah’ iaitu kesuciannya diragui.

Dalam satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad S.A.W melarang umat Islam untuk mengambil makanan syubhah kerana ditakuti terambil makanan yang haram.

Ingat kata-kata orang barat, ‘You are what you eat’. Fikir-fikirkanlah…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Kenyataan Jamil Khir Baharum – Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik

Tags: islamJakimstatus halalsushiSushi King
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd