• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Terus Tekan Institusi Antarabangsa Henti Kekejaman Israel

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Perlu Terus Tekan Institusi Antarabangsa Henti Kekejaman Israel
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu terus berusaha menekan institusi antarabangsa, sama ada melalui saluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya campur tangan menghentikan kekejaman dan jenayah Israel serta membebaskan semua tahanan Palestin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tindakan tentera Israel yang beberapa kali menceroboh pekarangan Haram Al-Sharif dan melakukan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap jemaah awam Palestin di Masjid al-Aqsa adalah keji dan tidak boleh diterima.

Bekas Perdana Menteri menegaskan, PN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas sejak beberapa hari lalu itu sebagai perbuatan keji dan tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi kerana dilakukan pada Ramadan.

Katanya, perbuatan biadab rejim itu juga hanya sehari selepas Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan usul A/HRC/52/L 32 yang ditaja Malaysia mengenai hak rakyat Palestin dan penempatan haram Israel di tanah air Palestin.

“Justeru, kerajaan Malaysia tidak boleh berdiam diri dan perlu terus melakukan segala yang upaya untuk menekan institusi antarabangsa, sama ada melalui saluran PBB atau OIC untuk campur tangan bagi menghentikan kekejaman dan jenayah Israel serta membebaskan semua tahanan Palestin.

“Serangan keterlaluan dan provokatif ini memberi kesan serius terhadap keselamatan dan kestabilan di rantau Asia Barat dan menjejaskan sebarang usaha memulihkan proses damai,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata, laporan media menyatakan bahawa keganasan yang sama berlaku pada Ramadan pada 2021 dan 2022 dan peningkatan keganasan terhadap rakyat Palestin jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

“Ketegangan di antara Israel dan Palestin mencapai titik didih sejak beberapa hari kebelakangan ini. Adalah wajar PBB semasa mengecam serangan itu, meningkatkan usaha untuk mempertanggungjawabkan Israel atas kelakuannya yang tidak boleh diterima.

“Sebagai anggota UNHRC bagi sesi 2022-2024, Malaysia perlu lebih lantang dan berperanan dalam mendesak supaya tindakan segera diambil untuk menghentikan pencerobohan dan membantu rakyat Palestin yang secara berterusan dizalimi dan dinafikan hak mereka,” katanya.

BHonline-

Tags: IsraelkekejamanMalaysiaPBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd