• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana Pendeposit TH Dilabur Baik, Tampung Bantuan Kewangan Haji

oleh Mohd Arshad
06/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dana Pendeposit TH Dilabur Baik, Tampung Bantuan Kewangan Haji
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) akan memastikan dana pendeposit yang kini mencecah RM87.6 bilion pada 2022 dilaburkan dengan baik bagi menampung Bantuan Kewangan Haji pada masa akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd, Na’im Mokhtar berkata, bagaimanapun, bantuan itu perlu dilakukan secara bersasar bagi mengelakkan kerugian kepada pendeposit.

“Bantuan ini juga akan memberi kesan kepada agihan keuntungan TH kerana kedua-duanya datang dari tabung yang sama.

“Apabila TH menyalurkan lebih banyak keuntungan daripada pelaburannya sebagai Bantuan Kewangan Haji, maka jumlah keuntungan yang boleh diagihkan kepada pendeposit akan berkurangan,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya apakah langkah-langkah TH bagi menampung kos subsidi haji yang ditanggung bagi memastikan agensi itu mampu beroperasi untuk jangka masa panjan.

Mengulas lanjut, kata beliau, TH kini telah mula melaksanakan mekanisme Bantuan Kewangan Haji secara bersasar dengan mengambil kira tahap kemampuan kewangan seseorang.

“Bayaran Haji jemaah Muassasah dalam Kumpulan B40 telah dinaikkan kepada RM10,980 seorang manakala bagi Kumpulan bukan B40 telah dinaikkan kepada RM12,980, berbanding RM9,980 sebelum ini.

“Berdasarkan kos menunaikan haji berjumlah RM28,632 seorang, TH masih membiayai di antara 55 sehingga 62 peratus daripada Kos Haji jemaah Muassasah untuk tahun 2022,” jelasnya.

Tambahnya, TH menjangkakan jumlah kos haji akan meningkat sehingga RM30,850 pada tahun ini dan mekanisme bantuan secara bersasar untuk musim haji 2023 dan tahun-tahun berikutnya akan diteruskan.

“Kita (TH) juga ingin tekankan bahawa adalah tanggungjawab jemaah haji sepenuhnya untuk membayar perbelanjaan,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: Bantuan Kewangan HajiDana Pendeposit THHajiTH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd