• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laman Web Jabatan Imigresen Digodam Dalam Bentuk ‘Defacement’

oleh Mohd Arshad
04/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Laman Web Jabatan Imigresen Digodam Dalam Bentuk ‘Defacement’
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan bahawa laman web rasmi mereka telah diserang penggodam dikenali ‘CaptainSmok3r’ awal pagi ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serangan siber kira-kira pukul 2 pagi itu berbentuk defacement dan telah mengakibatkan muka hadapan laman web JIM ditukar kepada paparan imej yang lain.

Kata beliau, walau bagaimanapun, capaian-capaian yang berkaitan dengan perkhidmatan JIM seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain tidak terkesan dengan insiden ini.

“JIM telah mengambil langkah pembetulan serta-merta dengan menutup capaian laman web dari akses orang ramai dan melakukan kerja-kerja baik pulih serta konfigurasi keselamatan laman web.

“Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan ini telah mengadakan perbincangan dan kerjasama bersama pihak NACSA dan CyberSecurity bagi membantu JIM untuk tindakan pengukuhan laman web,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, laman web JIM dijangka pulih dan boleh diakses semula oleh orang ramai dalam masa terdekat petang ini.

“Jabatan ini menegaskan bahawa tiada sebarang kebocoran maklumat berlaku dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian atau spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam,” jelasnya.

UtusanOnline-

Tags: DefacementdigodamJabatan Imigresen Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Data Pengguna Maybank2u Didakwa Digodam, Dijual Di Dark web

Data Pengguna Maybank2u Didakwa Digodam, Dijual Di Dark web

24/07/2024
0

Kuala Lumpur: Ribuan data milik pengguna platform perbankan dalam talian, Maybank2u didakwa digodam sebelum dijual di laman web gelap atau...

Telegram Yang Dipertua Dewan Negara Digodam

Telegram Yang Dipertua Dewan Negara Digodam

06/09/2023
0

Kuala Lumpur : Akaun Telegram milik Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar digodam oleh pihak tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd