• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Kategori Bantuan Untuk Mangsa Banjir – NADMA

oleh Mohd Arshad
22/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Empat Kategori Bantuan Untuk Mangsa Banjir – NADMA
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT : Empat kategori bantuan boleh dituntut oleh mangsa banjir yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi kerajaan negeri serta pejabat daerah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, bantuan kira-kira RM60j uta itu meliputi wang ihsan kepada setiap isi keluarga berjumlah RM1,000.

Katanya, turut tersenarai untuk membantu manga yang terjejas banjir adalah wang ihsan kematian berjumlah RM10,000 sekiranya berlaku akibat banjir.

“Nadma juga menyediakan bantuan tambahan pembelian barangan keperluan asas sehingga RMRM2,500, selain baik pulih kecil kerosakan rumah sehingga RM5,000.

“Walau bagaimanapun, semua permohonan bantuan itu perlu mendapat perakuan dan pengesahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dengan urus setianya ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya selepas mengadakan lawatan pasca banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Telok di Parit Yaani, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Sri Gading, Aminulhuda Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Najib Samuri.

Armizan berkata, bagi mangsa yang terkesan tetapi tidak berpindah ke PPS, mereka boleh membuat laporan kepada ketua-ketua komuniti setempat termasuk pusat khidmat Ahli Parlimen dan ADUN sebelum disalurkan kepada pihaknya selepas disahkan oleh pejabat daerah masing-masing.

“Saya difahamkan proses penyerahan bantuan wang ihsan di negeri Johor sudah bermula walaupun keadaan banjir belum pulih sepenuhnya,” katanya.

-Utusan Online

Tags: bantuanmangsa banjirNADMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd