• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jom Ziarah Gereja: Hannah Beri Keterangan Di IPD Sentul

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jom Ziarah Gereja: Hannah Beri Keterangan Di IPD Sentul
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini pada Isnin, untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan penganjuran program Jom Ziarah Gereja oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hannah bersama peguamnya, Sangeet Kaur Deo hadir ke IPD Sentul pada jam 5.30 petang.

Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, beliau memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan dan berharap polis dapat melengkapkan kertas siasatan.

“Saya hadir selepas membaca berita bahawa polis mahu merakam keterangan saya, saya tidak mahu membuang masa dan segera hadir ke IPD Sentul.

“Saya percaya keterangan saya konsisten dengan apa yang telah saya jawab di Parlimen pada minggu lalu berkaitan program berkenaan, saya juga telah menjawab fitnah Chegubard (Badrul Hisham Shaharin),” katanya pada sidang akhbar di IPD Sentul di sini pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan, polis membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran program Jom Ziarah Gereja.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, walaupun program itu telah dibatalkan pada Sabtu, namun satu laporan polis telah diterima berhubung kes itu.

Pada 14 Mac lalu, Hannah ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa program Jom Ziarah Gereja tidak melibatkan individu beragama Islam.

-Sinar Harian

Tags: Hannah YeohJom Ziarah Gerejaketerangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syarat Lesen Spa, Pusat Urut KL Bakal Ditambah Baik – Hannah Yeoh

Syarat Lesen Spa, Pusat Urut KL Bakal Ditambah Baik – Hannah Yeoh

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah baik syarat pelesenan pusat kecantikan dan kesihatan termasuk spa serta premis urutan di Kuala...

Hannah Yeoh Minta Jangan Teruja Kerjasama BN-PN, Bakal Tenggelam Seperti Kapal Titanic

Hannah Yeoh Minta Jangan Teruja Kerjasama BN-PN, Bakal Tenggelam Seperti Kapal Titanic

24/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yakin kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd