• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Sudah Ambil Semula Pekerja Tempatan

oleh Mohd Arshad
03/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Majikan Sudah Ambil Semula Pekerja Tempatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 102 pekerja tempatan yang diberhenti kerja oleh sebuah syarikat di Pulau Pinang selepas menggajikan pekerja asing, sudah mengambil semula pekerja berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata perkara itu baru sahaja diterima pihaknya hari ini.

“Memang pihak JTK (Jabatan Tenaga Kerja) telah mengambil tindakan dan berita yang saya terima sebentar tadi, pihak syarikat terlibat itu akan mengambil balik pekerja yang mereka buang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ) di Jalan Melaka di sini, hari ini.

Kelmarin BH melaporkan, Sivakumar memberi amaran kepada majikan atau syarikat yang didapati memberhenti pekerja tempatan selepas mendapat tenaga kerja asing.

Katanya, majikan atau syarikat itu juga boleh didenda sehingga RM50,000 bagi setiap kesalahan kerana bertentangan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955.

Ditanya jika syarikat lain yang membuat tindakan sama terhadap pekerja warga tempatan, Sivakumar berkata setakat ini pihaknya hanya menerima laporan di Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Asri Ab Rahman mengesahkan tiada tindakan terhadap syarikat di Pulau Pinang yang sebelum ini memberhenti pekerja tempatan.

Beliau menjelaskan, hal itu dianggap selesai selepas syarikat berkenaan mengambil pekerja tempatan berkenaan untuk bekerja semula.

-Berita Harian

Tags: majikanPekerja Tempatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

15/05/2024
0

SHAH ALAM - Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka secara sukarela dengan Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd