• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Mesyuarat Enam Negeri Minggu Depan

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRN: Mesyuarat Enam Negeri Minggu Depan
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Menteri Besar dan Ketua Menteri dari enam negeri akan mengadakan mesyuarat bersama bagi membincangkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, mesyuarat tersebut adalah untuk mendapat kata sepakat bagi keenam-enam negeri tersebut memilih tarikh yang sesuai untuk pembubaran DUN masing-masing dan PRN.

“Mesyuarat akan diadakan pada minggu depan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang akan menganjurkan perjumpaan tersebut.

“Tempoh masa (untuk pembubaran dan adakan PRN) semakin dekat. Jika tiada perjumpaan pun, PRN akan tetap diadakan antara Jun atau Julai,” katanya selepas merasmikan Taman Armenian sebagai taman realiti pertama Pulau Pinang pada Jumaat.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berpendapat bahawa Jun adalah masa terbaik untuk mengadakan PRN.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang berkata, pemimpin PH negeri yang bermesyuarat sebelum ini bersetuju bahawa Jun adalah masa terbaik untuk mengadakan PRN kerana tempoh waktu singkat untuk membubarkan DUN.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini turut berpendapat PRN di enam negeri itu perlu dijalankan serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, langkah itu bagi memudahkan urusan SPR termasuk penyelarasan petugas dalam memastikan proses pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di enam negeri itu berjalan lancar.

-Sinar Harian

Tags: MesyuaratPRN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd