• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi Turkiye: Dua Wanita Selamat Selepas 122 Jam Terperangkap

oleh Mohd Arshad
11/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gempa Bumi Turkiye: Dua Wanita Selamat Selepas 122 Jam Terperangkap
Share on FacebookShare on Twitter

ANTAKYA: Pasukan penyelamat berjaya menarik keluar dua wanita yang terselamat daripada runtuhan bangunan selepas terperangkap selama 122 jam dalam kejadian gempa bumi kuat melanda Turkiye Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Angka kematian kini melebihi 24,150 di seluruh selatan Turkiye dan barat laut Syria, sehari selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, pihak berkuasa sepatutnya bertindak lebih pantas.

Imej dipaparkan agensi berita Anadolu menunjukkan seorang mangsa yang diselamatkan, Menekse Tabak, 70, dibalut dengan selimut ketika penyelamat membawanya ke ambulans yang menunggu di wilayah Kahramanmaras.

Seorang lagi mangsa berusia 55 tahun yang cedera dikenali Masallah Cicek, dikeluarkan daripada serpihan runtuhan bangunan di Diyarbakir, bandar terbesar di tenggara Turkiye.

Seramai 67 mangsa berjaya ditarik keluar daripada runtuhan dalam tempoh 24 jam.

Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay, berkata kira-kira 80,000 orang kini sedang dirawat di hospital, manakala 1.05 juta kehilangan tempat tinggal dan berteduh di pusat perlindungan sementara.

“Matlamat utama kami adalah untuk memastikan mereka kembali ke kehidupan normal dengan menyediakan perumahan kekal dalam tempoh setahun dan semoga kesakitan dialami mereka akan sembuh secepat mungkin,” kata Oktay.

Bagaimanapun, kebanyakan penduduk kini berdepan kekurangan makanan dalam keadaan musim sejuk yang suram serta timbul persoalan terhadap respon pemimpin kedua-dua negara.

Presiden Syria Bashar al-Assad membuat lawatan pertamanya ke kawasan terjejas, selain melawat hospital di Aleppo bersama isterinya, Asma.

Kerajaannya meluluskan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada barisan hadapan dalam perang saudara selama 12 tahun di negara itu.

Langkah itu mempercepatkan bantuan untuk jutaan penduduk yang terdesak.

Terdahulu, Program Makanan Sedunia melaporkan kehabisan stok di barat laut Syria yang dikuasai pemberontak kerana perang merumitkan usaha memberi bantuan.

Gempa bumi dengan 7.8 magnitud Isnin lalu, diikuti gegaran susulan kuat di seluruh Turkiye dan Syria meletakkannya di tangga ketujuh bencana alam paling buruk abad ini, melebihi gegaran dan tsunami Jepun 2011 serta menghampiri 31,000 yang terkorban akibat gempa bumi di Iran pada 2003.

Gempa bumi dengan kekuatan sama di barat laut Turkiye pada 1999 mengorbankan lebih 17,000 orang pada 1999.

BHonline-

Tags: Gempa Bumi TurkiyeterselamatWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd