• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia Bakal Diwujudkan – Fahmi

oleh Mohd Arshad
31/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia Bakal Diwujudkan – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Susulan itu, beliau berkata, Kementerian Komunikasi Digital (KKD) akan melaksanakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi menjayakan penubuhan suruhanjaya berkenaan.

“Ada perancangan besar iaitu harapan untuk usahakan pembentukan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia,” katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKD 2023 di sini, hari ini.

Fahmi berkata, beberapa pindaan membabitkan agensi di bawah KKD seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 13 Februari ini.

“Tiada guna kalau data ada tetapi tidak selamat, jadi JPDP perlu diperkukuh dan CSM juga perlu dilonjakkan. Perkara asas ini perlu diselesaikan segera,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan bermula pada 13 Februari ini dan Belanjawan 2023 akan dibentangkan semula di Parlimen pada 24 Februari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, Fahmi berkata, semakan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia akan selesai sebelum hujung Mac ini dan ketika ini sedang diadakan proses mengumpul maklum balas serta pertemuan dengan semua pihak berkaitan.

“5G memainkan peranan bukan hanya akses perkhidmatan, tetapi ia adalah cara urus teknologi dan keupayaan bantu masa depan dengan lebih baik serta lebih Madani,” katanya.

Pada 13 Januari lalu, Fahmi berkata dasar pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB) akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum penghujung suku pertama tahun ini.

-Berita Harian

Tags: Fahmi FadzilSuruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN)...

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

03/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,456 kandungan berunsur jelik atau melampau membabitkan kanak-kanak sudah diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd