• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Buat Lawatan Rasmi Ke Singapura Esok

oleh AK-47
29/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Buat Lawatan Rasmi Ke Singapura Esok
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura esok (30 Jan) atas jemputan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lawatan ini merupakan lawatan rasmi sulung beliau ke Singapura selepas menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Anwar akan bertemu pemimpin-pemimpin Singapura termasuk Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee.

Kedua-dua perdana menteri juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman untuk mempromosikan Kerjasama dalam Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital serta dua Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau.

Anwar juga akan mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Singapura.

“Lawatan ini mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Singapura sebagai jiran rapat serta negara anggota ASEAN, termasuk jalinan antara rakyat yang erat serta hubungan ekonomi yang kukuh.

“Lawatan ini juga akan memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk meneroka peluang kerjasama bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala dan membincangkan isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama,” menurut Wisma Putra.

Perdana Menteri akan diiringi isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Rombongan delegasi itu juga disertai Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil serta para pegawai kerajaan dari kementerian dan agensi berkaitan.

Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi turut menyertai delegasi itu.

Pada 2022, Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (US$83.53 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 29.4 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada 2021.

-Malaysia Kini

Tags: lawatan rasmipmSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd