• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sedang Audit Klinik Kesihatan Boleh Operasi Lebih Lama

oleh Mohd Arshad
23/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Sedang Audit Klinik Kesihatan Boleh Operasi Lebih Lama
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan sedikit masa lagi bagi mengenal pasti klinik kesihatan (KK) yang boleh beroperasi secara lebih masa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata ketika ini kerja ‘pemetaan’ bagi mengenal pasti KK yang perlu dan boleh melaksanakan langkah itu sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, usaha bersama Jabatan Kesihatan Negeri digembleng bagi mengatasi masalah kesesakan di jabatan kecemasan hospital yang menyebabkan pesakit perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

“Bahagian Hospital dan Bahagian Kesihatan Awam KKM sedang buat ‘mapping’ dan mengenal pasti klinik kesihatan yang manakah perlu dan boleh dilaksanakan perpanjangan waktu operasi.

“Insya-Allah, kita perlu sedikit masa lagi untuk audit dilengkapkan dan diteliti termasuk dalam soal kemampuan dan keperluan (kakitangan) klinik kesihatan.

“Usaha bersama giat dilakukan bagi memastikan masalah kesesakan di jabatan kecemasan ini dapat ditangani sebaiknya, perkembangan lanjut akan dimaklumkan kelak,” katanya kepada BH, hari ini.

Awal bulan lalu, ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM, Dr Zaliha memaklumkan operasi KK akan dilanjutkan bagi menangani masalah kesesakan di jabatan kecemasan hospital.

Beliau berkata, Pengarah Kesihatan Negeri sudah diarahkan meneliti semula keperluan klinik kesihatan di bawah seliaan masing-masing, untuk beroperasi lebih masa.

Katanya, isu kesesakan dikesan berlaku di kawasan bandar, berikutan jumlah populasi yang semakin meningkat, serta

kecenderungan pelanggan mendapatkan perkhidmatan di hospital dan klinik KKM.

Akhbar ini Khamis lalu turut melaporkan wad kecemasan di beberapa hospital di Kelantan sesak apabila orang ramai datang untuk rawatan pelbagai penyakit sehingga katil dikatakan tidak mencukupi.

Tinjauan mendapati, pesakit sahaja yang dibenarkan masuk ke wad kecemasan untuk rawatan manakala waris dibenarkan menunggu di luar.

Semalam, Dr Zaliha dalam kenyataan berkata, KKM mengkaji keberkesanan inisiatif seperti lanjutan waktu bekerja di fasiliti tertentu sebagai usaha mengatasi isu kesesakan, khususnya di Jabatan Kecemasan, terutama menjelang musim perayaan.

Beliau berkata, untuk itu KKM melalui Program Perubatan, Program Kesihatan Awam serta Program penyelidikan dan Sokongan Teknikal di bawah Timbalan Ketua Pengarah masing-masing diminta untuk menyemak dan menganalisis data di hospital dan klinik kesihatan untuk melihat keberkesanan inisiatif terbabit.

Di samping lanjutan waktu bekerja, katanya, usaha untuk memperkasakan ‘lean healthcare system’ yang bertujuan meningkatkan pengurusan aliran pesakit dan memastikan rawatan terbaik dapat diberikan tanpa peningkatan kos, juga sedang dipertingkatkan terutama di hospital yang mengalami kesesakan di jabatan kecemasan.

Sebelum ini, KKM memaklumkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019, mendedahkan tempoh menunggu di Jabatan Kecemasan Hospital melebihi daripada enam jam.

Malah, keadaan itu berlaku disebabkan 70 peratus kes yang diterima adalah kes bukan kritikal dan ia sekali gus bertentangan dengan fungsi sebenar Jabatan Kecemasan Hospital yang sepatutnya hanya menerima kes kritikal.

-Berita Harian

Tags: AuditKKMklinik kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd