• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Muda Disyaki Dera Anak Hingga Maut Direman Seminggu

oleh Mohd Arshad
19/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Ibu Muda Disyaki Dera Anak Hingga Maut Direman Seminggu
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : Seorang ibu muda direman seminggu selepas disyaki mendera hingga menyebabkan kematian anak kandung lelakinya yang berusia setahun enam bulan di sebuah inap desa di kondominium di Cyberjaya, dekat sini pada 12 Januari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis menerima satu laporan daripada seorang doktor yang bertugas di wad kecemasan Hospital Cyberjaya memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dihantar ibu kandungnya, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat pendarahan di kedua-dua belah anak mata kanak-kanak terbabit, berkemungkinan disebabkan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Ujar beliau, bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menjalankan siasatan awal ke atas ibu kanak-kanak terbabit.

“Dalam keterangan awal, wanita berusia 20 tahun yang bekerja sebagai kerani pejabat itu menyatakan dia membawa mangsa pergi ke inap desa yang terletak di sebuah kondominium di Cyberjaya.

“Ibu mangsa datang bersama teman lelakinya berusia 21 tahun yang juga seorang pelajar kolej dan turut menginap bersama. Ibu mangsa menyatakan mangsa terjatuh dari sofa ketika sedang bermain kira-kira pukul 7 petang pada 11 Januari lalu.

“Tetapi ketika itu mangsa tidak mempunyai kesan bengkak atau lebam dan hanya menangis sebelum mendapat mangsa tidak sedarkan diri serta tubuhnya pucat kira-kira pukul 11 pagi keesokan hari. Ibu mangsa turut memberitahu teman lelakinya telah pulang ketika kejadian,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Sepang, hari ini.

Bagaimanapun, kata Wan Kamarul Azran, pada 15 Januari lalu, pegawai perubatan Hospital Cyberjaya menghubungi polis pada pukul 8.03 pagi memberitahu kanak-kanak terbabit meninggal dunia.

“Kita cuba hubungi semula ibu mangsa tetapi gagal dan wanita terbabit juga tiada di rumah seperti alamat yang diberikan. Hasil risikan mendapati wanita itu bersembunyi di sebuah rumah flat di Putra Perdana.

“Pada 16 Januari, kira-kira pukul 12.15 pagi, sepasukan anggota menyerbu flat berkenaan dan menahan ibu mangsa dan suaminya. Kira-kira sejam kemudian, anggota turut menyerbu sebuah rumah di Kampung Sungai Buah, Dengkil dan menangkap teman lelaki ibu mangsa,” ujarnya.

Katanya, wanita terbabit telah berkahwin dua tahun lalu namun dalam proses penceraian dengan suaminya yang berusia 20 tahun.

Menurut beliau, berdasarkan soal siasat, bapa mangsa yang tidak bekerja mengaku tidak terlibat dalam kes berkenaan dan hanya mengetahui anaknya berada di hospital kerana sesak nafas selepas dimaklumkan isterinya.

“Ibu mangsa mengaku terlibat dalam kes tersebut dengan cara menekup muka anaknya dengan bantal yang ketika itu sedang tidur sehingga lemas. Ibu mangsa menyatakan ketika kejadian dia berada dalam keadaan yang sangat tertekan kerana masalah dengan suami dan keluarga.

“Teman lelakinya pula tidak mengaku terlibat dan hanya datang untuk bermalam dengan wanita terbabit sahaja di inap desa berkenaan. Semasa kejadian ibu mangsa menekup muka anaknya dengan bantal, teman lelakinya itu telah pulang,” katanya.

Tambah beliau, hasil laporan bedah siasat yang dijalankan oleh pakar forensik Hospital Serdang mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan selain kesan calar di pipi kiri serta lebam pada bawah leher bahagian kiri dipercayai dicekik.

Katanya, punca kematian adalah disebabkan asfiksia atau kekurangan oksigen iaitu tindakan ibu mangsa yang menekup muka kanak-kanak terbabit.

“Ibu mangsa direman seminggu sehingga 22 Januari ini bersama teman lelakinya untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sementara bapa mangsa direman sehari,” katanya.

-Utusan Online

Tags: DeraIbu Mudamautreman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd