• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

oleh AK-47
14/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia memanggil sidang media khas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam temu bual dengan Malaysiakini pada Khamis (12 Jan), Shafie berkata dia berhasrat untuk mengadakan sidang media untuk mempersoalkan kesahihan Hajiji sebagai ketua menteri berdasarkan undang-undang.

Shafie berhujah, berdasarkan keperluan Perkara 6(7) perlembagaan Sabah, hanya pemimpin parti yang menang pilihan raya mempunyai legitimasi untuk menjadi ketua menteri.

Ketika Hajiji keluar daripada Bersatu bulan lepas, Shafie berkata Warisan berpendirian bahawa Perkara 6(7) tidak lagi dipenuhi.

“Ia adalah sebahagian daripada kesahihan (jawatan ketua menteri). (Saya ingin bercakap) bagaimana perkara itu tidak dipenuhi.

“Saya fikir kita mesti menyelesaikannya (pada masa itu),” katanya.

Bukan ‘rampasan kuasa’

Sidang media khas itu sepatutnya berlangsung pada 4.30 petang di Hotel The Pacific Sutera di Kota Kinabalu pada 5 Jan tetapi ia tertangguh dan akhirnya dibatalkan pada 6.30 petang.

Shafie tidak menjelaskan mengapa Warisan membatalkan sidang akhbar itu tetapi keputusannya adalah untuk tangguh seketika.

Keesokan harinya, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin mengadakan sidang media sendiri untuk mengumumkan partinya menarik balik sokongan terhadap Hajiji.

Bagaimanapun, itu tidak mencukupi untuk menjatuhkan Hajiji kerana lima Adun BN enggan mengendahkan arahan Bung Moktar.

Selain itu, tujuh Adun Pakatan Harapan (PH)n berikrar menyokong Hajiji, dan seterusnya menjamin majoriti buat Hajiji.

Shafie, yang mengetuai 19 Adun Warisan di bangku pembangkang, menjelaskan sidang medianya akhirnya diadakan pada 7 Jan hanya selepas Bung Moktar membuat pengumuman dan menegaskan Warisan dan BN tidak bersekongkol.

“Itu persepsi yang salah. Hajiji meletakkan jawatan dalam partinya dan Bung Moktar menarik diri daripada kerajaan. Adakah itu rampasan kuasa?

“Kerajaan runtuh (pada satu ketika). ‘Perkahwinan’ dibatalkan. Kenapa perlu (Warisan) dipersalahkan? Itu bukan caranya,” katanya.

Fokus pada undang-undang antilompat parti

Kini setelah situasi di Sabah kelihatan reda, Shafie menolak cadangan agar Warisan boleh mencabar kesahihan Hajiji di mahkamah kerana pilihan raya negeri akan datang perlu diadakan menjelang 2025.

Sebaliknya, Shafie berkata, Warisan akan menumpukan usahanya untuk meluluskan undang-undang antilompat parti di Sabah untuk menggalakkan kestabilan politik.

“Saya mengetahui cadangan untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Saya tahu mahkamah boleh memutuskan tetapi ia akan mengambil masa dua atau tiga tahun. Pada masa itu pilihan raya akan diadakan juga.

“Sudah tiba masanya untuk kita menghentikan semua perkara karut ini dan mewujudkan undang-undang antilompat parti di Sabah,” kata Shafie.

Shafie yakin pentadbiran Hajiji akan cenderung untuk menggubal undang-undang berkenaan kerana Gabungan Rakyat Sabah adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan yang menyokong undang-undang tersebut.

-Malaysia Kini

Tags: HajijiIsu Undang-UndangShafie Apdalwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hasil Kerjasama BN, PH Mampu Menang 45 Hingga 47 Kerusi DUN Selangor

Next Post

2 Juta Kenderaan Dijangka Guna PLUS Semasa Cuti Tahun Baharu Cina

Related Posts

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Hajiji Umum Bakal Lancar Gagasan Rakyat

Hajiji Umum Bakal Lancar Gagasan Rakyat

29/01/2023
0

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini, mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti...

Next Post
2 Juta Kenderaan Dijangka Guna PLUS Semasa Cuti Tahun Baharu Cina

2 Juta Kenderaan Dijangka Guna PLUS Semasa Cuti Tahun Baharu Cina

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd