• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Import Telur Ayam Dari Thailand

oleh Mohd Arshad
11/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Selangor Import Telur Ayam Dari Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor akan mengimport telur ayam dari Thailand bagi mengimbangi permintaan penduduk di negeri ini dan menyelesaikan isu kekurangan bekalan bahan makanan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif sendiri sementara menunggu usaha yang dilakukan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan rungutan penduduk terhadap masalah harga mahal dan kesukaran mendapatkan bekalan.

“Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diberi tanggungjawab untuk mengimport telur ayam dari Thailand. Daripada segi jumlah dan bila telur ini akan masuk di pasaran negeri, itu saya tak pasti. Itu awak kena tanya PKPS,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baru 2023, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kurangnya bekalan telur ayam gred A, B dan C di pasaran negeri itu, sehingga mengakibatkan keresahan daripada orang awam.

Malah, bekalan tersebut hanya boleh didapati di beberapa pasar raya besar dalam tempoh terhad.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan selain mengimport telur, orang ramai boleh membeli telur gred biasa dalam program Jualan Ehsan Rakyat (JER) 2.0 yang dijangka bermula 15 Januari ini.

“JER diteruskan bagi memastikan rakyat Selangor dapat membeli bahan makanan yang sering dibeli mereka setiap hari dijual dengan harga murah. Kita juga jemput Koperasi Hijrah Selangor (KoHijrah) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke JER 2.0 untuk menjual produk mereka.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat Selangor yang terkesan dengan peningkatan kos bahan makanan dan kita akan berusaha sebaik mungkin,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: importselangortelur ayamThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd