• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Serius Tangani Isu Penjaja Tidak Berlesen

oleh AK-47
02/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Serius Tangani Isu Penjaja Tidak Berlesen
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor, sentiasa memandang serius dan berusaha menangani isu peniaga atau penjaja tidak berlesen di negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md. Shukor, isu berkenaan telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) dan telah mendapat kelulusan.

“Kita sebenarnya telah pun membincangkan mengenai perkara ini (penjaja tidak berlesen) dalam MMK.

“Hasilnya, pada Julai 2022 lalu, kita telah laksanakan bengkel kepada kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dalam usaha menyeragamkan atau menyelaraskan permohonan dan pemberian lesen kepada golongan penjaja ini tidak kiralah sama ada mereka ini peniaga di pasar malam, pasar pagi, pasar lambak dan sebagainya.

“Ia merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu golongan penjaja kerana kerajaan sekarang sebenarnya ‘mesra peniaga’ dan kita nak bantu mereka (peniaga) asalkan aktiviti perniagaan itu tidak dilakukan di tempat yang dilarang berniaga termasuk seperti mengganggu lalu lintas atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mohd Jafni berkata demikian ketika mengulas isu penjaja tidak berlesen yang hangat diperkatakan ketika ini.

Sementara itu, Mohd Jafni berkata, golongan penjaja tidak berlesen ini juga disarankan untuk segera memohon lesen kerana urusan permohonannya kini agak mudah.

Malah katanya, tempoh kelulusan bagi permohonan (lesen) dibuat juga tidak lama dan ada yang hanya melibatkan satu hari bekerja sahaja.

“Bagi Lesen Penjaja Statik melibatkan gerai berstruktur berstatus penjaja seperti pasar, gerai, arked milik PBT atau gerai persendirian (berstruktur) berstatus penjaja melibatkan peniaga pasar malam, pasar lambak, pasar pagi atau pasar sehari serta penjaja di kawasan berpusat, tempoh kelulusan (lesan) adalah satu hari bekerja.

“Bagi Lesen Penjaja Sementara melibatkan penjaja sementara tepi jalan (bukan kawasan berpusat) seperti penjaja buah bermusim dan Lesen Penjaja Bergerak seperti f.oodtruck., .car boot sale. atau penjaja berkenderaan, tempoh kelulusan (lesen) adalah selama tujuh hari bekerja.

“Sebenarnya permohonan lesen penjaja ini agak mudah, hanya perlu kemukakan borang dan dokumen permohonan yang lengkap dan teratur selain menyatakan lokasi serta sijil suntikan typhoid,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Isu Penjaja Tidak BerlesenJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd