• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Ibrahim Berkenan Terima Menghadap Anwar

oleh Mohd Arshad
30/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sultan Ibrahim Berkenan Terima Menghadap Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri ke-10 itu tiba di istana berkenaan kira-kira 10.30 pagi.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat tiba di istana tersebut pada 9.34 pagi, diikuti Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim 10 minit kemudian.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Tambun itu disambut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi setibanya di Senai Business Aviation Terminal, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 9.55 pagi.

Ini adalah kali kedua Anwar menghadap Sultan Ibrahim dan kali pertama beliau ke negeri ini selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan itu pernah menghadap Sultan Johor tiga hari selepas mengangkat sumpah.

Anwar turut dijadualkan bertemu masyarakat di Restoran Murtabak Kampung Melayu Azo 96 di Kampung Melayu Majidee di sini.

Kemudian, Anwar dijangka menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu Majidee di sini, sebelum kembali ke ibu negara.

Difahamkan, beliau pernah merasmikan pembukaan masjid itu pada 1989.

Kali terakhir Anwar ke Johor ialah ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 awal November lalu.

-Berita Harian

Tags: Anwar IbrahimSultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd