• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Tak Puas Hati Alasan Presiden 1MDB

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak berpuas hati dengan alasan Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Halmi tidak hadir memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini kerana berada di luar Negara.

Beliau sebaliknya mahu Kementerian Kewangan mendedahkan siapa yang membenarkan Arul dan Shahrol untuk tidak hadir bagi memberi kenyataan kepada PAC hari ini kerana mendakwa ia satu penghinaan kepada Parlimen.

Kit Siang dalam nada prejudis turut mempersoalkan sama ada Arul benar-benar berada di luar negara.

“Permohonan maaf perlu dibuat segera kepada PAC sekiranya ada yang telah berbohong tentang ketidakhadiran pasangan tersebut ke siasatan PAC hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Arul dan Shahrol dijadualkan memberi keterangan kepada PAC hari ini, tetapi mereka memohon untuk memberi keterangan pada tarikh lain berikutan komitmen di seberang laut.

Arul dalam satu kenyataan turut menegaskan mereka bersedia hadir di depan jawatankuasa itu kerana ia peluang untuk menjelaskan kedudukan syarikat berkenaan pada tarikh lain.

1MDB pula menjelaskan syarikat itu hanya menerima surat daripada Kementerian Kewangan pada 21 Mei lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan tarikh baru sedang dimuktamadkan berikutan tarikh yang dicadangkan sebelum ini bertembung dengan komitmen jadual di luar negara yang dibuat sebelum ini. – mynewshub.cc

 

Tags: 1MDBLim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd