• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Arah Penutupan Penuh 14 Hari Restoran Kotor

oleh AK-47
27/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Perak Arah Penutupan Penuh 14 Hari Restoran Kotor
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan Jabatan Kesihatan negeri untuk mengenakan tindakan penutupan terus premis selama 14 hari terhadap mana-mana restoran atau kedai makan yang kotor di negeri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A Sivanesan berkata, tindakan tersebut boleh dilaksanakan di bawah Akta Makanan 1983.

Menurutnya, perkara itu dibuat kerana tidak mahu kejadian restoran mahupun kedai makan yang mengabaikan aspek kebersihan premis mereka berulang.

“Saya beri amaran kepada semua pengusaha makanan di Perak khasnya restoran yang buka 24 jam, kalau mereka tak boleh menjaga kebersihan restoran mereka, alasan mereka bagi kebiasaannya tak cukup pekerja, tetapi boleh pula buka 24 jam.

“Sebelum ini kita beri notis 14 hari untuk tutup tetapi dalam masa dua hari boleh buka balik setelah pemeriksaan dibuat oleh pegawai kesihatan. Tapi kali ini kita akan tutup terus 14 hari dan pegawai kesihatan akan melawat pada hari ke-13 untuk membuat pemeriksaan bagi memberi pengajaran kepada mereka bahawa kita tak kompromi soal kesihatan,” katanya ketika sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Sementara itu, Sivanesan berkata, pihaknya sedang menjalankan kajian kes terhadap makanan yang dijual di kafeteria lima hospital di Perak iaitu Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Hospital Taiping, Hospital Manjung, Hospital Teluk Intan dan Hospital Batu Gajah.

Menurutnya, kajian kes berkenaan untuk melihat makanan yang dijual di kafeteria hospital-hospital tersebut berkualiti dan bernutrisi.

“Pegawai dietetik (dietician) perlu turun ke kafeteria hospital ini bagi melihat makanan yang dimasak dan berkualiti. Kalau kafeteria hospital tidak dibuat, jadi bagaimana kita nak didik masyarakat.

“Selain itu, makanan bukan Melayu juga harus dijual dengan syarat ia halal dan perlu diambil perhatian oleh pengendali kafeteria,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Penutupan Penuh 14 HariPerakRestoran Kotor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd