• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Cari Pekerja Terjatuh Air Terjun Diteruskan

oleh AK-47
23/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Operasi Cari Pekerja Terjatuh Air Terjun Diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pekerja penyelenggara yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari tingkat lima air terjun Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini pada petang Khamis diteruskan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, operasi tersebut disertai 39 anggota penyelamat iaitu 20 (bomba) 13 (polis) dan enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Beliau memberitahu, operasi itu diteruskan pada pagi Jumaat selepas dihentikan sementara kira-kira jam 8 malam pada Khamis.

“Keadaan cuaca agak buruk malam tadi menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menangguhkan dulu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Pagi ini SAR bermula agak lewat iaitu kira-kira jam 9 pagi kerana arus sungai masih deras serta keadaan cuaca mendung dan berkabus pada awal pagi tadi. Setakat ini mangsa masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Abdul Wahab Mat Sulaiman, 27, yang merupakan pekerja penyelenggara dan pembersihan dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima air terjun Lata Tembakah, Sungai Tenang di Hulu Besut.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pekerja syarikat kontraktor di hutan lipur tersebut dikatakan sedang membaiki saluran paip bersama adiknya yang berusia 19 tahun.

-Sinar Harian

Tags: air terjun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air

5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air

04/02/2023
0

KUALA KRAI - Lima sungai dan air terjun di Kuala Krai setakat ini dikenal pasti sebagai kawasan perkelahan yang berisiko...

Lelaki Hilang Ketika Memancing Di Trong

25/12/2018
0

TAIPING - Seorang pemancing dipercayai hilang ketika memancing di kawasan Air Terjun Pecah Batu, Trong semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd