• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air

oleh AK-47
04/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Lima sungai dan air terjun di Kuala Krai setakat ini dikenal pasti sebagai kawasan perkelahan yang berisiko dilanda fenomena kepala air.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, antara lokasi terbabit ialah Lata Rek, Lata Berangin, Lata Y, Sungai Kenerong dan kawasan sungai di Chucuh Puteri.

“Saya harap orang awam tidak melakukan sebarang aktiviti di lokasi berkenaan kerana bimbang akan berlaku fenomena kepala air memandangkan hujan lebat yang tidak menentu ketika ini.

“Malah, saya juga tidak menggalakkan orang awam untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan berisiko kerana paras air di beberapa sungai utama telah menunjukkan peningkatan,” katanya ketika ditemui Bernama di Tangga Krai, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, orang awam perlu peka dengan keadaan sekeliling terutama di kawasan perkelahan dengan mengetahui petanda awal fenomena tersebut seperti bunyi deruan air yang kuat, perubahan air daripada jernih kepada keruh dan air menjadi berbuih serta membawa sampah.

“Pihak kami sentiasa bersiap sedia untuk memberi segala bantuan dan pertolongan sekiranya menerima panggilan daripada orang awam apabila berlakunya perkara tidak diingini di kawasan terlibat,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: air terjunkepala airKuala Kraisungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Kepala Air Tiba Mengejut Di Air Terjun Pelangi Cetus Panik Pelawat

Detik Kepala Air Tiba Mengejut Di Air Terjun Pelangi Cetus Panik Pelawat

21/12/2025
0

DOMPU – Detik cemas tercetus apabila kepala air kali kedua melanda kawasan pelancongan Air Terjun Pelangi di Dompu Regency, West...

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

01/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran sebuah kolej swasta di Bandar Sunway, malam tadi. Mayat yang hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd