• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hilang Ketika Memancing Di Trong

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang pemancing dipercayai hilang ketika memancing di kawasan Air Terjun Pecah Batu, Trong semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Razlam Abd Hamid berkata mangsa, Muhammad Taufik Mahamad, 29, pergi memancing dengan seorang rakan di kawasan itu pada pukul 3 petang.

“Rakan mangsa telah naik ke bahagian atas untuk memancing dan mangsa mandi di kawasan tersebut, apabila turun semula kira-kira pukul 4 petang, mangsa didapati tiada di tempat mandi kecuali hanya ada pakaian dan beg,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Razlam, rakannya telah mencari mangsa di kawasan sekitar bersama beberapa orang yang mandi di kawasan itu, namun mangsa tidak ditemui sehingga pukul 7.30 malam.

Beliau berkata sepasukan enam anggota bomba dari Balai Taiping dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah memulakan usaha mencari mangsa selepas menerima laporan pada 9.56 malam tadi.

Katanya anggota APM dan bomba memaklumkan usaha mencari berdepan kesukaran disebabkan arus sungai deras, kawasan sekitar licin dan berlumut serta keadaan sekeliling gelap walaupun disuluh dengan lampu suluh selain hujan.

Beliau berkata gerakan mencari mangsa diteruskan pagi ini. – BERNAMA

Tags: air terjunPemancing Hilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air

5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air

04/02/2023
0

KUALA KRAI - Lima sungai dan air terjun di Kuala Krai setakat ini dikenal pasti sebagai kawasan perkelahan yang berisiko...

Operasi Cari Pekerja Terjatuh Air Terjun Diteruskan

Operasi Cari Pekerja Terjatuh Air Terjun Diteruskan

23/12/2022
0

BESUT - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pekerja penyelenggara yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari tingkat lima air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd