• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Sosial Bantu Kumpul Maklumat Semasa Bencana Nepal

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Media sosial penting dalam membantu mengumpul maklumat semasa bencana gempa bumi di Nepal baru-baru ini, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon.

Beliau berkata sambil mengenal pasti keperluan mereka yang terselamat dan penduduk yang terjejas di kawasan bencana, media sosial memainkan peranan penting bagi membolehkan media penyiaran tradisioanal menyiarkan apa yang telah dimuat naik di platform itu.

“Ketika gempa bumi pertama melanda Nepal, satu-satunya laporan yang diterima hanya melalui peranti mudah alih,” katanya ketika menyampaikan mesej khas menerusi rakaman video sempena pembukaan Sidang Kemuncak Media Asia (AMS) 2015 di sini Selasa.

Ban berkata sistem PBB juga telah mengumpulkan komuniti digital untuk membantu respons bencana di Nepal menggunakan telefon mudah alih untuk menyebarkan maklumat dan mesej kepada komuniti yang terjejas.

Sementara itu, dalam mesej videonya, Ban juga mengalu-alukan semua peserta AMS 2015 untuk terus membincangkan media sosial yang memberi impak yang besar dalam tabiat tontonan global.

AMS 2015 bertemakan ‘Transformasi Penyiaran Dalam Era Media Sosial’ membabitkan 500 pengamal media di seluruh dunia berkongsi pengetahuan dalam kewartawanan penyiaran pada acara tiga hari itu yang bermula hari ini. – BERNAMA

 

Tags: Ban Ki-moonmedia sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd