• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Umum Senarai Timbalan Menteri Jam 8.15 Malam Ini

oleh Mohd Arshad
09/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
Anwar Umum Senarai Timbalan Menteri Jam 8.15 Malam Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan mengumumkan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pada jam 8.15 malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang ini bagi memohon perkenan individu terbabit untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

“Setakat ini, kita bersama rakan-rakan yang konsisten dengan perjuangan dan reformasi. Insya-Allah, segala kebaikan dan keputusan adalah demi kesejahteraan negara.

“Saya akan menghadap Agong petang ini dan insya-Allah, jam 8.15 malam bakal diumumkan nama Timbalan-timbalan Menteri,” katanya ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini.

Timbalan Menteri berkenaan dijangka mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, esok.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat dan penduduk Kampung Baru, selepas makan tengah hari bersama Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sebuah restoran berhampiran masjid.

Sebelum ini, BH melaporkan sekurang-kurang 35 nama meliputi Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), WARISAN dan parti lain sedang dipertimbangkan untuk mengisi portfolio Timbalan Menteri.

Sumber rapat dengan perbincangan bagi jawatan itu memaklumkan, jumlah Timbalan Menteri terbabit berkemungkinan akan dihadkan kepada seorang bagi setiap kementerian, kecuali membabitkan beberapa kementerian yang disatukan.

Sebagai contoh, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang sebelum ini adalah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli serta Kementerian Alam Sekitar dan Air, dijangka mempunyai dua Timbalan Menteri.

Selain itu, ada kemungkinan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah juga akan mempunyai dua Timbalan Menteri, berikutan tiada lagi Kementerian Wilayah Persekutuan dalam Kabinet sekarang.

Kementerian Kewangan juga dijangka mempunyai dua Timbalan Menteri berikutan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kementerian diterajui Timbalan Perdana Menteri, termasuk Kementerian Perladangan dan Komoditi, turut berkemungkinan akan ada dua Timbalan Menteri.

-Berita Harian

Tags: Anwar Ibrahimtimbalan menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

13/04/2026
0

TERFIKIR sesuatu bila melihat keadaan negara sekarang. Tapi kena tanggalkan ‘kaca mata politik’ dulu, barulah nampak jelas siapa buat kerja,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd