• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Usul Undi Percaya Tetap Dibentangkan 19 Disember Ini’ – Anwar

oleh Mohd Arshad
28/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Usul Undi Percaya Tetap Dibentangkan 19 Disember Ini’ – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Usul undi percaya bagi membuktikan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, akan tetap dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 19 Disember ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan langkah itu penting bagi membuktikan keabsahan beliau dari segi persepsi politik, selain penafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ya benar Ramkarpal (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) menggunakan isu berdasarkan penafsiran Perlembagaan Persekutuan sebab majoriti jelas.

“Tetapi saya juga berbincang tadi, kita punya pandangan bukan sahaja keperluan dalam Perlembagaan tapi saya fikir keabsahan dari segi persepsi politik juga penting.

“Jadi kita akan teruskan dengan undi percaya pada 19 Disember ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini.

Sebelum ini, Ramkarpal Singh dilaporkan berkata, tiada keperluan bagi mengemukakan usul undi percaya terhadap Anwar pada sidang Dewan Rakyat, 19 Disember ini bagi membuktikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP menegaskan ini kerana sudah jelas ketika ini, Anwar sudah mempunyai sokongan majoriti melebihi 140 Ahli Parlimen.

Ramkarpal berkata, Pakatan Harapan (PH) kini diyakini mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan sokongan daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

BHonline-

Tags: Anwar IbrahimPHusul undi percaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd