• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Sebagai Calon PM

oleh Mohd Arshad
22/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Sebagai Calon PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat hari ini memutuskan tiga perkara berkaitan pembentukan kerajaan baharu pencalonan Perdana Menteri Ke-10.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkara perkara pertama adalah tiada mana-mana dalam kalangan 30 Ahli Parlimen BN telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perkara kedua, Dewan Tertinggi BN juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang ketika mendepani situasi politik negara,” katanya.

Beliau berkata, dengan pendirian dan keputusan yang dicapai pada mesyuarat berkenaan, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang.

-Berita Harian

Tags: ahli parlimen BNBNMuhyiddin Yassinpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd